Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 2 Bakti ( 27 orang murid)
Masa : 07.40 - 08.10 (30 minit)
Tema : Semangat Perpaduan
Tajuk : Jiranku Mesra
SK : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada berbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
3.4 Mengambil imlak perkataan
SP : 2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga
sukukata diftong,vokal berganding digraf dan konsenan bergabung.
2.4.2 Membaca dan memahami dari bahan dan menyatakan maklumat mengikut
urutan yang betul.
3.4.1 Mengambil imlak perkataan dan frasa yang mengandungi dua sukukata digraf
dan konsenan bergabung .
Objektif: 1. Murid dapat membaca dengan sebutan yang betul
2. Murid dapat menyusun mengikut urutan yang betul
3. Murid dapat menulis imlak perkataan dengan betul
Nilai: Baik hati
KBT: Mengenalpasti
Ilmu: Moral
Sistem Bahasa: perkataan,frasa
BCB: Bacaan Intensif
EMK: Kreatif
BBM: Kad gambar, kad ayatBerikut adalah langkah pengajaran dan pembelajaran :
Langkah 1 ( Set Induksi = 5 minit )
Murid menyanyikan lagu didik hibur ikan kekek mengikut irama lagu ‘Air Pasang Pagi’.
Langkah 2 ( 5 minit )
Murid membaca ayat yang ditunjukkan oleh guru.
Langkah 3 ( 5 minit )
Murid memadankan ayat dengan gambar yang sesuai.
Langkah 4 (5 minit )
Mengeja perkataan yang mengandungi lebih dari dua suku kata yang terdapat di dalam ayat-ayat tadi.
Contoh: membeli,menulis,menyerahkan,membungkus dan menghiasnya.
Langkah 5 (5 minit )
Murid menulis perkataan dengan melengkapkan petak suku kata yang disediakan mengikut suku kata yang sesuai di dalam lembaran kerja.
Langkah 6 ( penutup 5 minit )
Murid membaca semula ayat tadi.
Murid mewarna gambar yang diberikan oleh guru.